X

Kindly register in order to view this article
!

Mekanik dijel 14 bulan, denda RM2,000 curi gelang RM40,000

Tertuduh mengaku salah mencuri dua utas gelang emas bernilai RM40,000 sebelum dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan denda RM2,000 atau enam bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda oleh Mahkamah Majistret Marang, Rabu.
A
A

MARANG - Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu selepas mengaku bersalah mencuri dua utas gelang emas bernilai keseluruhan RM40,000, Disember tahun lalu.

Amir Amirul Rashid Yunus, 32, berdepan hukuman penjara lagi enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dua utas gelang emas milik sebuah kedai emas di bandar Marang, di sini, yang bernilai keseluruhan RM40,000 di Bandar Marang, pada jam 4 petang, 24 Disember tahun lalu.

Prosiding berlangsung di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Sebelum ini, media melaporkan tertuduh berjaya ditangkap di sebuah rumah di Paka, Dungun oleh sepasukan Pegawai dan Anggota dari Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan Dungun, kira-kira jam 9.30 malam pada 30 Disember tahun lalu.

Berikutan tangkapan itu, sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut seperti video tular berjaya dirampas selain barang kemas yang dilarikan juga dirampas.

Dalam kejadian itu, sebuah kedai emas di bandar Marang kerugian hampir RM40,000 apabila dua rantai emas dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan.

Kejadian berlaku apabila suspek datang ke kedai berkenaan kononnya untuk membeli barang kemas sebelum dilayan anak pemilik kedai emas itu yang berusia 18 tahun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!