X

Kindly register in order to view this article
!

AS: Penumpang perlu kemuka keputusan ujian negatif Covid-19

Mulai 26 Januari semua penumpang antarabangsa yang melakukan perjalanan ke AS perlu mengemukakan keputusan ujian negatif Covid-19. Foto 123RF
A
A

WASHINGTON - Mulai 26 Januari semua penumpang antarabangsa yang melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) perlu mengemukakan keputusan ujian negatif Covid-19, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Selasa.

"Memandangkan AS berada dalam status lonjakan kes, syarat ujian untuk penumpang udara akan membantu memperlahankan penularan virus ketika kami berusaha untuk memberi vaksin kepada rakyat Amerika," memetik kenyataan CDC lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan itu, penumpang perlu menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum penerbangan dan menyerahkan salinan dokumen hasil ujian kepada syarikat penerbangan atau pengesahan sudah pulih daripada virus itu.

"Ujian tidak menghilangkan semua risiko. Tetapi bila digabungkan dengan masa tinggal di rumah dan langkah berjaga-jaga setiap hari seperti memakai pelitup muka dan penjarakkan fizikal, ini dapat menjadikan perjalanan lebih aman dan selamat serta mengurangkan penularan di dalam pesawat, lapangan terbang dan destinasi dituju," kata Pengarah CDC Robert Redfield.

Pada Selasa, AS merekodkan lebih 22.7 juta kes Covid-19 dan hampir 380,000 kematian, menurut laporan Johns Hopkins University. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!