Kartel daging: Maqis salur maklumat kepada SPRM

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan di sebuah gudang daging sejuk beku di Senai, Johor, Disember tahun lalu.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan di sebuah gudang daging sejuk beku di Senai, Johor, Disember tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) tidak akan menghalang pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap pegawai dan anggota jabatan itu berhubung isu kartel daging sejuk beku dan bersedia membantu menyalurkan maklumat mengenainya.

Timbalan Ketua Pengarah Maqis, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar berkata, seperti yang sedia maklum, serbuan di gudang daging sejuk beku telah dijalankan pada 1 Disember lalu dengan kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hasil risikan pihaknya.

"Di peringkat jabatan, apa juga siasatan yang dijalankan terhadap pihak kami (Maqis), kita akan bantu dan kita tidak ada halangan.

"Kita juga salurkan maklumat kepada SPRM dan saya tegaskan sama sekali tidak mahu ada pegawai dan anggota saya bersekongkol dengan kartel ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Tegasnya, beliau tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggotanya sekiranya didapati terlibat dalam kes berkenaan.

Tambahnya, beliau percaya SPRM akan menjalankan siasatan dengan adil dan saksama.

Terdahulu, dua pegawai Maqis Johor direman lima hari bermula Khamis lalu bagi membantu siasatan kes sindiket kartel daging sejuk beku import.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan di sebuah gudang daging sejuk beku di Senai, Johor, Disember tahun lalu.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan di sebuah gudang daging sejuk beku di Senai, Johor, Disember tahun lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima rasuah.

Mengulas berkenaan tindakan pihaknya bagi membanteras kegiatan kartel pengedaran daging sejuk beku, Dr Azhari berkata, siasatan dan pemantauan masih dijalankan.

"Kita sedang memantau beberapa syarikat daging dengan kerjasama jabatan terlibat.

"Bagi mengelak penyeludupan masuk daging tidak sah ini, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS) juga menguat kuasakan syarat baru dalam permit untuk membolehkan Maqis meneliti logo Halal yang dipaparkan pada produk terlibat," katanya.