Enam pasukan pemantau PKP di Putrajaya

Polis melaksanakan empat sekatan jalan raya di sekitar Putrajaya susulan pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada Rabu.
Polis melaksanakan empat sekatan jalan raya di sekitar Putrajaya susulan pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya mengaktifkan enam pasukan pemantau bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa bermula Rabu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, tiga pasukan pemantau akan menumpukan Presint 1 hingga 10 dan Presint 16 hingga 20 manakala tiga lagi pasukan pemantau fokus di Presint 12 hingga 15.

"Beberapa lokasi tumpuan awam akan diberi fokus utama antaranya Alamanda, pasar di Presint 8 dan Presint Diplomatik.

"Penugasan ini melibatkan seramai 24 pegawai dan anggota polis serta 12 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain itu, pihaknya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya telah menutup tujuh jalan yang menghubungkan Putrajaya dengan kawasan bersempadanan dengannya termasuk laluan ke Cyberjaya, Dengkil, Pinggiran Putra, Bangi dan Puchong.

Katanya, laluan yang ditutup adalah Jalan P5 menghala keluar dan masuk Taman Cabaran dan Dengkil, Lebuh Wadi Ehsan menghala keluar Desa Pinggiran Putra, Persiaran Timur susur keluar ke Desa Pinggiran Putra, Jalan Resam, Jalan P11J menghala keluar dan masuk Cyberjaya.

"Seterusnya adalah Lebuh Sentosa hala keluar ke Persiaran Utara dan Jalan P14J menghala keluar dan masuk Sungai Merab Bangi," katanya.

Tambahnya, selain penutupan jalan, pihaknya turut melaksanakan empat sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer (KM) 4 Lebuh Sentosa, KM 9.3 Persiaran Selatan, KM 5.9 Persiaran Utara dan KM 1 Persiaran Utara.

Artikel Berkaitan: