Arsenal mahu lebarkan kemenangan

Kesebelasan Arsenal berazam meneruskan rentak kemenangan berdepan Crystal Palace.
Kesebelasan Arsenal berazam meneruskan rentak kemenangan berdepan Crystal Palace.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta berazam untuk melebarkan rentetan kemenangan skuad kendaliannya itu apabila melayan kunjungan Crystal Palace di Emirates, awal pagi Khamis ini.

Menurut Arteta, skuad The Gunners itu yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle pada saingan pusingan ketiga Piala FA Inggeris, Sabtu lalu pastinya mahu meneruskan rentak kemenangan berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pula.

Justeru Arteta berharap agar dapat menurunkan kesebelasan terbaiknya bagi berdepan kesebelasan The Eagles yang juga pasti mahu mencatatkan kemenangan pada perlawanan berkenaan.

“Setakat ini kita mengalami masalah kecederaan Gabriel Magalhaes, Gabriel Martinelli dan Thomas Partey.

“Namun hanya Partey yang telah menjalani latihan penuh bersama dalam tempoh beberapa hari ini dan kita juga mengharapakn agar Magalhaes untuk menyertai latihan kerana difahamkan kecederaannya sudah beransur pulih.

“Tetapi kita masih belum dapat menentukan sejauh mana tahap kecederaan Martinelli, namun kita berharap ia tidak serius,” katanya.

Arsenal kini berada pada kedudukan kesebelas EPL dengan 23 mata hasil tujuh kemenangan, dua seri dan tewas lapan kali daripada 17 perlawanan.

Sementara itu, Arteta, dia menyifatkan dua perlawanan EPL akan datang begitu penting buat skuad kendaliannya itu bagi menentukan hala tuju dan kedudukan mereka dalam saingan liga kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya melihat dua perlawanan seterusnya sebagai detik yang kritikal buat kami bagi menentukan kedudukan kami dalam carta liga kali ini.

“Apa pun, saya gembira kerana kita telah menunjukkan peningkatan dalam beberapa perlawanan setakat ini dan kita akan teruskan peningkatan ini,” katanya.