Tiada keperluan laksana darurat

Razeef Rakimin
Razeef Rakimin
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiada keperluan melaksanakan darurat memandangkan negara pernah hampir berjaya mengawal penularan Covid-19 melalui Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Razeef Rakimin berkata, kenaikan kes positif baharu bermula disebabkan apabila beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi terlalu awal.

Malah katanya, proses membeli wakil rakyat di Sabah sehingga berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) juga menjadi punca lonjakan mendadak kes Covid-19 sehingga ia menjadi semakin teruk ke hari ini.

"Apa yang kerajaan perlu laksanakan adalah pelaksanaan semula PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan tidak mengulangi kesilapan lalu.

"Darurat yang diumum dilihat seperti hanya untuk mempertahankan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada jatuh dan bukannya bagi membendung penularan wabak Covid-19," katanya.

Razeef berkata, ia boleh dilihat apabila beberapa sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi serta SOP yang kurang ketat tidak memperlihatkan seperti darurat yang perlu.

"Malah darurat ini hanya berfungsi di peringkat Parlimen dan kerajaan sahaja.

"Darurat ini juga menjadikan seorang Perdana Menteri sebagai 'diktator' apabila ia dilaksana dengan memberi kuasa penuh sedangkan SOP pelaksanaan darurat ini dilihat longgar.

Artikel Berkaitan:

"Maka jelaslah ia hanya sekadar untuk mengekalkan kuasa kepada kerajaan PN," katanya.