Larangan berniaga di persimpangan lampu isyarat

Seorang wanita sedang berniaga jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat.
Seorang wanita sedang berniaga jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat.
A
A
A

SEREMBAN - Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di daerah ini diminta menghentikan kegiatan itu kerana ia merupakan satu kesalahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 10A(1) LN 166/59 yang boleh dikenakan tindakan saman.

"Tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000.

"Aktiviti berniaga seperti itu perlu dibendung bagi mengelak kejadian kemalangan yang tidak diingini kerana membahayakan nyawa penjaja dan pengguna jalan raya," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Berniaga di persimpangan lampu isyarat satu kesalahan. - Foto Sumber Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban
Berniaga di persimpangan lampu isyarat satu kesalahan. - Foto Sumber Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Beliau berkata, jika ada yang masih berdegil, tindakan lebih tegas akan diambil termasuk mengeluarkan saman.

Katanya, operasi akan dilakukan secara berkala dan berterusan supaya penjaja mematuhi arahan serta undang-undang diberikan.

HENTI MENJAJA DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT SEREMBAN: Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat di...

Artikel Berkaitan:

Posted by Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban on Tuesday, January 12, 2021