Anak peneroka bangkit daripada ujian Covid-19

Masjulay Mashod
Masjulay Mashod
A
A
A

HILANG punca pendapatan selepas perniagaan terjejas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan susulan penularan pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu, Masjulay Mashod, 35, hampir berputus asa.

Tambahan pula, selain dirinya terdapat empat kakitangan yang bergantung sepenuhnya kepada syarikat Killer Grafix Sticker diusahakannya untuk kelangsungan hidup ketika itu.

Bagaimanapun anak peneroka Felda Tenggaroh 5, Mersing itu enggan mengalah dan berusaha bangkit semula dengan menceburi perniagaan dalam talian.

"Ketika PKP dilaksanakan, perniagaan saya terjejas kerana tidak dapat beroperasi. Ketika itu saya memikirkan idea bagaimana untuk menjana pendapatan lain," katanya.

Masjulay berkata, hasil carian di internet, beliau menemui maklumat mengenai produk Jus Delima Innocent keluaran Devisa Beauty And Health.

Katanya, dalam situasi pandemik, orang ramai memerlukan makanan tambahan untuk meningkatkan antibodi dan produk itu amat baik untuk diminum kerana kaya dengan khasiat.

Menurutnya, berbekalkan modal sebanyak RM450 beliau mendaftar sebagai ejen dan mula menjual produk kesihatan dan kecantikan tersebut secara dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Masjulay (tengah) bersama dua pelanggan terawalnya dari Felda Tenggaroh 5, Khir Md Yusof (kiri) dan Samad Sapari yang banyak membantunya mempromosikan Jus Delima Innocent.
Masjulay (tengah) bersama dua pelanggan terawalnya dari Felda Tenggaroh 5, Khir Md Yusof (kiri) dan Samad Sapari yang banyak membantunya mempromosikan Jus Delima Innocent.

"Saya mempromosikan produk ini kepada keluarga, rakan-rakan dan orang kampung. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat baik," katanya.

Tambahnya, di bawah bimbingan pengasas, Datuk Eiba Abd Rahim, beliau giat mempromosikan produk yang dijualnya di platform media sosial khususnya di akaun Facebook https://www.facebook.com/grafiksticker.johor

Beliau kini berjaya menjadi stokis dan mempunyai 180 ejen yang kebanyakkannya terdiri daripada suri rumah.

"Jika ingin berniaga, selain berusaha kita perlu berani mencuba sesuatu yang baharu. Ketika PKP, saya belajar mengenai pemasaran dalam talian yang sememangnya amat relevan dengan situasi sekarang," katanya yang masih mengekalkan perniagaan Killer Grafix Sticker.

Masjulay berkata, bisnes dalam talian mempunyai potensi yang besar dan orang ramai khususnya suri rumah wajar menceburinya untuk menjana pendapatan tambahan atau melakukannya sepenuh masa.

"Hanya kita boleh mengubah diri dan dalam berniaga kita juga perlu berkongsi rezeki dengan orang lain," katanya.

Beliau yang kini menetap di Kempas bersyukur kerana mendapat restu dan sokongan daripada ibu, Hadiah Budin, 64, serta bapanya, Mashod Maskor, 71, yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Mengulas mengenai perancangan masa depannya, Masjulay berkata, beliau ingin merekrut lebih ramai ejen khususnya belia untuk melahirkan lebih ramai usahawan generasi baharu dan mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 018-2998269.