Pekerja kilang maut motosikal ditunggang bertembung kereta

Mayat mangsa ditutup dengan kain di lokasi sementara menunggu untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu - Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris )
Mayat mangsa ditutup dengan kain di lokasi sementara menunggu untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu - Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris )
A
A
A

MARANG- Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan secara tiba-tiba dipercayai jalan basah, dalam kemalangan di Jalan Bukit Payong - Rhu Rendang, berhampiran UCSI Universiti Terengganu, di sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa Che Wan Mohd Al Hafizz Che Wan Ismail, 30, dari Sungai Tong, Setiu disahkan meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dua beradik berusia 24 dan 22 tahun itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Padang Mengkuang menuju ke sebuah pusat memandu di Medan Jaya, di sini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, kereta tersebut berpusing beberapa kali kerana keadaan jalan basah menyebabkan kenderaan itu memasuki laluan bertentangan.

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang merempuh belakang kereta Perodua Myvi dinaiki dua beradik. - Foto Ihsan IPD Marang
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang merempuh belakang kereta Perodua Myvi dinaiki dua beradik. - Foto Ihsan IPD Marang

"Mangsa yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan merempuh di bahagian belakang kenderaan itu.

"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Rabu.

Dua beradik itu hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan, di sini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu melulu sehingga menyebabkan kematian", katanya.