Jumpa mayat dalam longkang

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah longkang berkedalaman kira-kira 1.8 meter di Kawasan Perindustrian Tampoi, Kilang TWP, Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru pada Selasa.
Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah longkang berkedalaman kira-kira 1.8 meter di Kawasan Perindustrian Tampoi, Kilang TWP, Jalan Tampoi Lama, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu mayat lelaki ditemui dalam sebuah longkang di Kawasan Perindustrian Tampoi, Kilang TWP, Jalan Tampoi Lama, di sini pada Selasa.

Mayat yang berada di dalam longkang itu disedari orang awam yang melalui jalan tersebut sebelum memaklumkannya kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor untuk bantuan pada jam 11.37 pagi.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Nazarudin Yusof berkata, mayat dalam longkang itu berada pada kedalaman kira-kira 1.8 meter.

"Mayat berkenaan yang lengkap berpakaian berjaya dikeluarkan pihak bomba dan kita mendapatinya seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an. Tiada dokumen peribadi ditemui.

"Mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat jam 12.35 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan: