Covid-19: Angka korban meningkat di Indonesia

Indonesia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat virus Covid-19, selepas merekodkan 302 kematian dalam tempoh 24 jam.
Indonesia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat virus Covid-19, selepas merekodkan 302 kematian dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat virus Covid-19, selepas merekodkan 302 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Selasa, jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 24,645 orang.

Provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian jangkitan itu selepas merekodkan 6,576 kematian keseluruhan, dengan 65 lagi kematian bagi tempoh 24 jam.

Bagi tempoh 12 tengah hari Isnin sehingga 12 tengah hari Selasa juga, Indonesia mencatatkan 10,047 lagi kes positif baharu, menjadikan kes positif di republik itu kini meningkat kepada 846,745 kes. -Bernama

Artikel Berkaitan: