UMNO harap darurat hanya diguna untuk Covid-19

Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO berharap pengisytiharan darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digunakan hanya untuk pengurusan pandemik Covid-19.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, setelah matlamat pengisytiharan darurat tercapai, UMNO mahu negara kembali ke sistem demokrasi seperti sedia kala.

Menurutnya, perkara itu merupakan isi-isi penting yang dinyatakan dalam kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.

“Tindakan UMNO tidak akan membelakangi malah sebaliknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam masa sama, cabaran ekonomi yang sedang dihadapi rakyat mesti ditangani dengan lebih baik oleh pihak Kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos

Proklamasi darurat bukan rampasan kuasa tentera

Perisytiharan darurat tidak boleh dicabar

Artikel Berkaitan: