Warga emas maut kereta terbabas dalam banjir

Seorang warga emas maut apabila kereta dipandunya terbabas dan masuk ke kawasan air banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi pada Selasa.
Seorang warga emas maut apabila kereta dipandunya terbabas dan masuk ke kawasan air banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi pada Selasa.
A
A
A
KOTA TINGGI - Seorang warga emas yang memandu kereta Toyota Camry terbabas dan masuk ke dalam air banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, kereta dipandu Pong Song Wook, 64, sudah masuk separuh ke kawasan air berhampiran kebun kelapa sawit.

Orang awam yang melihat kejadian tersebut menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor sebelum 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Azman Jantan, mereka dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), satu utiliti Hilux dan sebuah bot aluminium.

"Pihak bomba bertindak menarik kereta mangsa ke kawasan selamat dengan dibantu oleh orang awam. Kita mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam kereta tersebut.
Artikel Berkaitan:


"Bomba mengeluarkan mangsa iaitu warga emas lelaki berusia 64 tahun dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir. Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 5.16 petang.