Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemukan

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) pada Selasa.
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) pada Selasa.
A
A
A

JAKARTA - Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) pada Selasa.

Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan, berkata, kotak hitam yang ditemukan itu adalah "Flight Data Recorder” (FDR).

FDR itu ditemukan pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia, di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat.

"Operasi pencarian akan tetap diteruskan bagi mengesan "Cockpit Voice Recorder" (CVR), mengesan serpihan pesawat, dan mengesan mangsa korban," kata Hadi Tjahjanto.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang terbang dari Jakarta ke Pontianak membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas pada jam 2.36 petang pada Sabtu lepas, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. - Bernama

Artikel Berkaitan: