Pas persoal kapasiti Guan Eng salur dana kolej universiti

Nasrudin Hasan
Nasrudin Hasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas hari ini mempersolkan Kementerian Kewangan yang didakwa menyalurkan dana sebanyak RM2 juta kepada Kolej Universiti Selatan, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan membangkitkan persoalan kapasiti dan justifikasi yang melayakkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk menyalurkan dana tersebut.

"Kementerian Kewangan tidak wajar menggunakan dana khas sewenang-wenangnya untuk kolej universiti yang ternyata lebih moden dan canggih sehingga menafikan peruntukan kepada pihak yang lebih memerlukan.

"Apakah justifikasi Menteri Kewangan kali ini untuk menyalurkan dana tersebut,? Soal Nasrudin menerusi satu kenyataan media.

"Beberapa gambar telah tular di media sosial. Antaranya, gambar Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang memegang replika cek yang berjumlah RM2 juta dari Kementerian Kewangan.

"Difahamkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang sendiri telah menyampaikan cek berkenaan kepada pihak kolej. Adakah Kit Siang mewakili anaknya, Menteri Kewangan dalam program tersebut?

"Tiada peruntukan khas untuk kolej universiti sepertimana Sekolah Menengah Persendirian Cina," ujarnya.

Selain itu, beliau menambah, sebelum ini, sejumlah peruntukan juga telah disalurkan kepada Kolej Universiti New Era.

Artikel Berkaitan:

"Semua dana tersebut bukan daripada Kementerian Pendidikan,sebaliknya dana khas daripada Kementerian Kewangan," dakwanya.