Gorila positif Covid-19

Tiga daripada kumpulan haiwan yang ditempatkan di kandang sama disahkan positif Covid-19. - Foto: Agensi
Tiga daripada kumpulan haiwan yang ditempatkan di kandang sama disahkan positif Covid-19. - Foto: Agensi
A
A
A

LOS ANGELES - Dua ekor gorila di San Diego Zoo Safari Park di Amerika Syarikat dijangkiti Covid-19 selepas beberapa spesies haiwan pernah mendapati jangkitan wabak itu.

Gabenor California, Gavin Newsom berkata, kedua-dua primat itu dikatakan mula mengalami batuk pada minggu lalu sebelum ujian pada sampel najis lapan ekor gorila ditempatkan di kandang sama dibuat pada minggu lalu.

Sementara itu, keputusan ujian makmal dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar AS mendapati gorila ketiga menunjukkan simptom jangkitan.

“Ia dipercayai mendapat jangkitan itu daripada pekerja zoo yang asimptomatik, namun perkara itu belum disahkan. Tahap kesihatan haiwan itu masih baik dan kini dikuarantin bersama.

"Beberapa gorila lain juga dipercayai positif virus tersebut. Veterinar sedang memantau perkembangan kesemua haiwan terbabit,” kata Pengarah Eksekutif zoo tersebut, Lisa Peterson.

Difahamkan, zoo tersebut telah ditutup kepada orang ramai sejak 6 Disember lalu sebagai sebahagian daripada langkah lockdown yang dilaksanakan di California untuk membendung penularan kes Covid-19.

Sebelum ini, virus tersebut turut menjangkiti spesies haiwan liar termasuk beberapa ekor singa dan harimau di Zoo Bronx di New York serta empat singa di Zoo Barcelona di Sepanyol. - Agensi

Artikel Berkaitan: