Darurat: Najib bimbang persepsi media asing pengaruhi pelabur

Tangkap layar Facebook Najib pada Selasa.
Tangkap layar Facebook Najib pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memberi perkenan bagi permintaan darurat daripada kerajaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan melahirkan kebimbangan mengenai persepsi dan mesej yang dihantar kepada pelabur menerusi beberapa laporan yang dibuat oleh media asing.

"Laporan beberapa media asing terkenal memberi gambaran bahawa pengisytiharan darurat Malaysia adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk melawan Covid-19.

"Ini ialah sebab Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menggantungkan Parlimen selama enam bulan untuk melawan Covid-19 manakala lain-lain negara yang umumkan darurat kesihatan tidak menggantung Parlimen.

"Naratif geng Pakatan Harapan (PH) bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sengaja membiarkan situasi Covid-19 menjadi teruk supaya darurat boleh dilaksanakan juga dilaporkan media asing," katanya di laman Facebooknya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sudah tentu persepsi negatif bagi pelabur terhadap Malaysia akan terbina dan ini terbukti dari kejatuhan nilai ringgit serta bursa saham selepas darurat diumumkan pada Selasa.

Menurutnya, pelaburan asing di Malaysia sudah menjunam teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan jika pelaburan baharu yang signifikan tidak masuk lagi maka pemulihan ekonomi negara dan penjanaan peluang pekerjaan baharu akan terjejas.

"Sebab itu, kerajaan PN perlu lebih berusaha untuk memperbetulkan persepsi komuniti pelaburan dalam dan luar negara untuk halang lagi ramai pelabur lari ke negara-negara jiran serantau," katanya.

Artikel Berkaitan:

Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan permintaan kerajaan bagi pengisytiharan darurat. Tapi...

Posted by Najib Razak on Tuesday, January 12, 2021