PKP: Operasi IPT kekal seperti biasa

Kemasukan pelajar antarabangsa ke kampus kecuali dari United Kingdom (UK) dibenarkan bermula Januari dan pelajar tempatan pada awal Mac. - Foto Bernama
Kemasukan pelajar antarabangsa ke kampus kecuali dari United Kingdom (UK) dibenarkan bermula Januari dan pelajar tempatan pada awal Mac. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi institusi pendidikan tinggi (IPT) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal seperti mana yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Disember tahun lepas.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan IPT masih mengekalkan kemasukan pelajar antarabangsa ke kampus kecuali dari United Kingdom (UK) pada Januari dan pelajar tempatan pada awal Mac.

“Semua pelajar yang telah berada di kampus perlu kekal di kampus masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara hibrid.

“Bagi pelajar lain, pembelajaran bagi semua program pengajian diteruskan dengan pembelajaran secara dalam talian sehingga tamat PKP,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPT turut menjelaskan bahawa pelajar dibenarkan untuk menjalani peperiksaan antarabangsa dan badan profesional di kampus.

Katanya, pelajar luar kampus memerlukan surat kebenaran khas yang dikeluarkan oleh pihak IPT bagi membolehkan pelajar yang bekeperluan memohon kebenaran merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus daripada pihak berkuasa.

“Pelajar luar kampus yang menjalani aktiviti penyelidikan perlu mendapatkan surat kebenaran keluar masuk kampus dari IPT masing-masing.

“Pelajar-pelajar bekeperluan seperti latihan klinikal, peperiksaan profesional, makmal, studio, amali atau akses internet dan seumpamanya adalah dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

“Semua aktiviti penyelidikan yang melibatkan kemudahan makmal adalah dibenarkan melalui kebenaran ketua jabatan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” jelasnya.

Terdahulu, pelajar antarabangsa dibenarkan kembali ke kampus bagi sesi pengajian berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021, kecuali dari UK ekoran situasi terbaharu Covid-19 di negara itu.

Ismail Sabri berkata, kebenaran itu merangkumi pelajar yang menyambung pengajian dan pelajar baharu yang telah mendapat tawaran daripada universiti awam dan swasta tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemasukan pelajar asing dibenarkan berkuatkuasa 1 Januari