Lima daerah di Johor masih dinaiki air

Lima daerah di negeri ini masih terjejas banjir dengan jumlah mangsa banjir seramai 3, 392 orang daripada 938 keluarga ditempatkan di 34 PPS.
Lima daerah di negeri ini masih terjejas banjir dengan jumlah mangsa banjir seramai 3, 392 orang daripada 938 keluarga ditempatkan di 34 PPS.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Lima daerah di negeri ini masih terjejas banjir dengan jumlah mangsa banjir seramai 3, 392 orang daripada 938 keluarga ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara ( PPS) setakat jam 4 petang pada Selasa.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, lima daerah terbabit ialah Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang dan Segamat.

Katanya, berlaku penurunan jumlah mangsa banjir berbanding pada jam 12 tengah hari di mana seramai 3,472 orang daripada 963 keluarga ditempatkan di 38 PPS melibatkan tujuh daerah.

"Banjir pulih sepenuhnya di daerah Kulai dan Mersing apabila PPS di situ ditutup sepenuhnya hari ini. PPS terbabit ialah Sekolah Bandar Endau Mersing ditutup jam 3 petang tadi seterusnya di Kulai, SK Murni Jaya ditutup jam 2 petang dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu ditutup jam 10 pagi tadi.

"Daerah Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,227 orang daripada 597 keluarga di 22 PPS. Diikuti Johor Bahru seramai 975 orang daripada 297 keluarga di sembilan PPS dan daerah Kluang seramai 97 orang daripada 20 keluarga ditempatkan di sebuah PPS," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Vidyananthan, hanya tiga laluan yang ditutup melibatkan laluan di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.

"Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian, Kluang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di situ.

"Sementara Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air antara 0.2 hingga 0.4 meter," katanya.

Artikel Berkaitan: