Ozil tak pernah menyesal sertai Arsenal

Mesut Ozil
Mesut Ozil
A
A
A

PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil tidak pernah menyesal untuk menyertai The Gunners walaupun kelab itu memberikan layanan kurang memuaskan kepadanya ketika ini.

Menurutnya, dia menghayati setiap detik di Emirates dan mengakui ia pengalaman berharga buatnya bersama kelab itu sejak 2013 yang lalu.

Pemain kelahiran Jerman itu mencipta sensasi di Arsenal dengan membantu pasukan itu menjuarai tiga Piala FA selain muncul pemain terbaik pada musim 2015/2016.

Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, khidmat Ozil disisihkan termasuk ketiak dibawah kendalian Mikel Arteta.

"Banyak situasi turun dan naik dalam karier saya. Tetapi, saya tidak menyesal dengan keputusan saya menyertai Arsenal. Secara jujurnya, beberapa perlawanan sebelum liga dihentikan sebelum pandemik Covid-19 pada Februari dan Mac tahun lalu adalah menyeronokkan.

"Saya gembira dengan peluang yang diberikan ketika waktu tersebut (sebelum liga dihentikan) kerana kami berada dalam rentak positif. Namun, selepas liga bersambung semula segalanya berubah," katanya.

Dalam masa sama, Ozil turut memberikan pandangannya mengenai Arsene Wenger yang melatihnya dari tahun 2013 sehingga 2018 sebelum digantikan oleh Unai Emery.

"Wenger adalah jurulatih yang sangat istimewa dalam karier saya dan saya sangat menghormatinya. Dia adalah seorang jurulatih dengan pelbagai pencapaian yang menakjubkan.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama dengan Wenger adalah kejayaan terbaik saya di Arsenal. Saya akan selalu ingat sepanjang karier saya dengan Wenger," katanya.

Ketika ini, Ozil sedang dikaitkan dengan perpindahan dari kelab utara London itu dan dikaitkan dengan Fenerbahce atau kelab di liga MLS.