Kartel daging: Ejen penghantaran direman lima hari

Seorang ejen penghantaran dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi Selasa bagi mendapatkan perintah reman.
Seorang ejen penghantaran dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi Selasa bagi mendapatkan perintah reman.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang ejen penghantaran direman lima hari bermula hari ini sehingga 16 Januari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah berkaitan skandal kartel daging.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzier selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan berkenaan pagi ini.

Terdahulu, suspek berusia 55 itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 8 malam Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Khamis lalu, dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor dilaporkan direman lima hari hingga, semalam.

Kedua-dua pegawai Maqis yang berusia 27 dan 31 tahun itu dilaporkan direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: