Sila log masuk terlebih dahulu.

Proklamasi darurat bukan rampasan kuasa tentera

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pengisytiharan darurat di seluruh negara bukan satu rampasan kuasa tentera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa.

“Kerajaan memerlukan kuasa tertentu melalui pengisytiharan darurat yang dapat membantu langkah membendung penularan Covid-19 dengan lebih berkesan,” katanya menerusi perutusan khas pada Selasa.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi membendung gejala wabak Covid-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Artikel Berkaitan: