Yang mengundi itu rakyat, dengar suara rakyat: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berpesan kepada rakan seperjuangannya supaya menyayangi UMNO, terus berkhidmat dengan baik, jujur dan amanah.

Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, jaga nama baik parti dan jangan mendekati amalan rasuah, pecah amanah, penyelewengan kuasa, sombong, ego dan sikap yang dibenci rakyat.

"Jangan lupa mendengar suara rakyat. Jangan hanya dengar bisikan para memanda keliling pinggang yang mencari makan atau sering diumpan, atau 'warlords' yang kalah berperang atau tidak pernah menyumbang.

"Yang mengundi itu rakyat, dengar suara rakyat walau bisikannya tidak lantang," katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Annuar turut berpesan supaya tidak membelakangi keputusan parti yang dibuat secara bersama dan hindari sikap 'depan cakap lain, belakang buat lain’ bak kata pepatah 'pepat di luar, rencong di dalam'.

"Terima realiti politik, bahawa kita tak boleh bersendirian. Kita perlukan kawan. Kawan strategik atau strategic partners (SP).

"SP (rakan strategik) tidak semestinya yang kita suka, mungkin kita tidak suka tapi jika dasarnya sama, fahaman sama, halatujunya sama, tidak salah kita bekerjasama.

"Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri atau 'polong rekaan' dan takutkan kucing peliharaan tapi menyerah kepada serigala di hutan serta mengambil musuh yang nyata, tetapi menolak kawan yang setia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Buat teman seperjuangan, Sayangi parti kita dgn terus berkhidmat dgn baik,jujur dan beramanah.Jaga nama baik...

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Monday, January 11, 2021