Pengumuman darurat jam 11 pagi ini

MUHYIDDIN
MUHYIDDIN
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bersiaran langsung menerusi saluran televisyen tempatan untuk menyampaikan Pengumuman Khas Darurat pada jam 11 pagi ini.

Proklamasi Darurat bertujuan membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini mendapat diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima menghadap Muhyiddin di Istana Negara pada Isnin.

Seri Paduka Baginda memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat itu sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Muhyiddin dalam perutusan khas pada jam 6 petang Isnin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi enam negeri untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari hingga 26 Januari.

Enam negeri berkenaan, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Sementara itu PKP Bersyarat akan melibatkan enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terengganu dan Kelantan

PKP Pemulihan pula akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Artikel Berkaitan: