X

Kindly register in order to view this article
!

MAFI lancar Kalam Anti Rasuah tangani salah laku, integriti

Ronald (tiga dari kiri) melancarkan KARMA 2021-2025 selepas menyampaikan Amanat Tahun 2021 di kementeriannya di Putrajaya pada Isnin.
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak lima strategi dan 48 pelan tindakan bagi menangani rasuah, salah laku dan integriti terkandung dalam Kalam Anti Rasuah MAFI (KARMA 2021-2025) yang dilancar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada Isnin.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kesemua pelan tindakan tersebut perlu dilaksanakan oleh bahagian dan unit berkenaan mengikut daftar risiko yang telah dilaksanakan.

“Dokumen anti rasuah peringkat kementerian dengan visi ‘Peneraju Pertanian dan Industri Makanan Berintegriti, Telus dan Mesra Rakyat’ adalah bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP)," kata dalam Amanat Tahun 2021 di kementeriannya di sini pada Isnin.

Menurutnya, MAFI memberi penekanan untuk memantapkan kecekapan dan ketelusan pengurusan bagi menangani jurang serta kelemahan.

“Kementerian ini akan meningkatkan kecekapan dan akauntabiliti tatacara penyiasatan serta pendakwaan, selain memantapkan integriti seluruh warga kerja MAFI.

“KARMA 2021-2025 diimplementasikan dan diukur keberkesanannya bagi tempoh lima tahun mulai 2021 hingga 2025,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada pelan tersebut, MAFI telah mengenal pasti lima bidang paling berisiko untuk ditangani iaitu pengurusan perolehan awam, permit, lesen dan kuota, penguatkuasaan dan pendakwaan padi beras, pengurusan bantuan insentif serta pentadbiran awam.

Menurutnya, pendekatan baharu dan di luar kebiasaan diperlukan bagi memastikan MAFI dapat menghadapi cabaran-cabaran sekuriti maka-nan termasuk menghadapi cabaran masa kini yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

“Kita mesti terus memberikan penekanan yang lebih bagi penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi, pembangunan model pertanian moden, pertanian tepat, agro robotik, aplikasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan sebagainya sejajar dengan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kepimpinan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi menyemak semula peraturan serta prosedur sedia ada yang tidak relevan, bertindih dan membebankan supaya dipermudahkan selaras dengan pembudayaan serta amalan normal baharu pasca-Covid-19.

“Ia juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu birokrasi dan isu pentadbiran tidak boleh menjadi penghalang kepada pemulihan ekonomi negara.

“Saya percaya dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh setiap jabatan serta agensi akan dapat dimanfaatkan dengan optimum dan akan memberikan impak yang besar kepada golongan sasar,” kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!