Presiden Portugal disahkan positif Covid-19

Marcelo Rebelo de Sousa - Foto Reuters
Marcelo Rebelo de Sousa - Foto Reuters
A
A
A

LISBON - [DIKEMASKINI] Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa, telah disahkan positif Covid-19 namun buat masa ini tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Menerusi laporan Reuters, dalam satu kenyataan dikongsi di laman web rasmi, pejabat Rebelo de Sousa mengatakan bahawa presiden berusia 72 tahun telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Antonio Costa dan Menteri Kesihatan Marta Temido mengenai perkara itu.

Rebelo de Sousa akan mengasingkan diri di kediaman rasminya di Lisbon, menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, beliau negatif Covid-19 hasil keputusan ujian saringan pertama pada 6 Januari setelah bersentuhan dengan individu yang dijangkiti namun kemudiannya positif pada Isnin.

Menurut kenyataan, segala urusan pentadbiran termasuk perbincangan bersama pakar kesihatan berhubung pelaksanaan 'lockdown' juga terpaksa dibatalkan.

Artikel Berkaitan: