Tiada pengecualian dalam rasuah

Halim Ishak
Halim Ishak
A
A
A

PETALING JAYA - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyokong penuh usaha kerajaan memerangi rasuah tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, dalam usaha memerangi rasuah, MCCF menyarankan kerajaan supaya melaksanakan usaha itu tanpa mengira siapa, termasuk ahli politik dari apa juga parti yang mereka wakili.

"Umum mengetahui bahawa parti politik dan pemimpin politik negara ini begitu terdedah kepada amalan rasuah tetapi kerap kali terlepas disebabkan wujudnya kepentingan politik.

"Memerangi gejala rasuah seharusnya tidak mengenal siapa pemberi, penerima mahupun pengamalnya," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Halim, Pelan Anti-Rasuah Nasional 2019–2023 yang dibentangkann oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu bertujuan memantapkan sistem pengurusan pentadbiran kerajaan mengenai tadbir urus, integriti dan anti rasuah.

"Dalam soal itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kebebasan melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa wujud sebarang tekanan mahupun campur tangan serta penglibatan pihak-pihak berkepentingan jika kerajaan benar-benar serius untuk menanggani gejala rasuah di negara ini.

"Daripada segi hukuman kepada pengamal rasuah, MCCF melihat ia perlu dikaji semula agar ianya benar-benar berkesan dan memberi impak kepada masyarakat dan negara dalam usaha kita melahirkan masyarakat yang bebas rasuah," ujarnya.

Tambah beliau, MCCF menyarankan agar tindakan yang akan diambil bukan sahaja kepada pemberi dan penerima rasuah malah kepada pengamal rasuah yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang berkepentingan.

Artikel Berkaitan: