X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan jadikan PKP alasan

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengadakan beberapa kejohanan simulasi sepanjang tahun lalu. - Foto Facebook BAM
A
A

SETIAP atlet negara perlu pantas menyesuaikan diri dengan keadaan norma baharu dalam sesi latihan mahupun pertandingan tatkala pandemik Covid-19 masih meruncing.

Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim berkata, atlet negara selain saintis sukan dan barisan kejurulatihan perlu merencana corak latihan serta simulasi pertandingan yang bersesuaian dengan situasi semasa.

“Setiap atlet sudah mempunyai pengalaman sebab bulan Mac tahun lepas kita sudah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak kira diperketatkan, bersyarat mahupun pemulihan.

“Sepatutnya, atlet kita dengan status sebagai atlet bertaraf tinggi sudah ada pengalaman dengan corak latihan sesuai dengan norma baharu ini.

“Mungkin ada terjejas dari segi prestasi atlet, namun keadaan ini bukan sahaja dilalui atlet di negara kita tetapi juga semua orang di dunia ini.

“Sebab itu saya katakan, atlet mana yang akan dapat beradaptasi dengan cepat, maka dia akan berjaya dalam sukannya berbanding atlet lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Zulakbal
Zulakbal

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan PKP dilaksanakan semula di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selepas bilangan kes Covid-19 semakin meningkat setiap hari.

Situasi itu sekali gus turut memberikan kesan kepada sektor sukan dengan kejohanan tidak dapat dilangsungkan termasuk menimbulkan kesukaran kepada atlet untuk berlatih.

Dalam masa sama, Zulakbal mengharapkan barisan kejurulatihan dapat bekerja rapat dengan saintis sukan untuk mengatur selia perancangan latihan dan simulasi pertandingan sepanjang tempoh PKP ini.

“Dalam keadaan sekarang, saintis sukan harus memainkan peranan mengatur simulasi latihan sepanjang PKP yang diperkenalkan semula ini.

“Simulasi itu haruslah mengambil kira situasi pada kejohanan sebenar. Kalau tak ada pertandingan dianjurkan, kita kena buat simulasi pertandingan sendiri.

“Barisan kejurulatihan juga perlu kreatif, inovatif dan merangka idea baharu dalam menghadapi situasi ini terutama dalam menyesuaikan latihan kepada atlet,” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!