X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Covid-19: 2,232 kes baharu, empat kematian

Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,232 kes harian positif Covid-19 dan empat kematian pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif 138,224 kes.

"Jumlah kes aktif pula adalah 28,554 kes," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 2,226 adalah penularan dalam negara.

"Bagi kes penularan di dalam negara, 1,769 kes adalah melibatkan rakyat tempatan dan 457 kes merupakan warga asing," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 557 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 404 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Johor pula melaporkan 396 kes diikuti Sabah 374 kes. Kuala Lumpur merekodkan 204 kes, Sarawak (153), Pulau Pinang (112), Negeri Sembilan (102), Kelantan (95), Perak (51) dan Pahang (46).

"Terengganu turut melaporkan 41 kes, Kedah (40), Melaka (37), Putrajaya (13), Labuan (8) dan Perlis tiga kes," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 194 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

"Ia membabitkan Kluster Tembok Choh 157 kes, Kluster Penjara Jalan Harapan (20), Kluster Tembok Gajah (12 ) dan Kluster Pagar Siput (5)," katanya.

Tambahnya, sehingga kini, terdapat 187 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 87 memerlukan bantuan pernafasan.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 555 kes.

"Tiga kes kematian dilaporkan di Hospital Sungai Buloh melibatkan rakyat tempatan yang berusia 47 hingga 56 tahun dan mempunyai pelbagai penyakit lain.

"Satu kes kematian dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan melibatkan warga asing berusia 50 tahun. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga mereka," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes sembuh hari ini adalah 1,006 kes.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 109,115 kes iaitu bersamaan 78.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!