Manja dengan adik petanda ajal

Arwah Ikmal Hakimi (kiri sekali) bersama-sama keluarganya merakam kenangan semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.
Arwah Ikmal Hakimi (kiri sekali) bersama-sama keluarganya merakam kenangan semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.
A
A
A

KLUANG - Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, dilihat manja dengan empat adiknya sebelum ditemukan mati lemas di Kampung Bentong di sini pada 4 Januari lalu.

Menurut bapa mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, anak sulung daripada lima beradik itu dilihat bersikap pelik berbanding kebiasaannya.

"Arwah Ikmal Hakimi masuk ke bilik semua adik-adiknya dan bermanja dengan mereka. Paling ketara dilihat manja dengan adik bongsunya yang berusia 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuntut USIM korban kedua banjir di Johor

"Selain itu, biasanya arwah akan memberitahu ke mana sahaja dia pergi termasuk ke kedai berhampiran tetapi pada hari kejadian dia tidak memberitahu kami. Saya tidak menyangka ini merupakan petanda arwah pergi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad yang menyampaikan sumbangan serta pampasan Takaful RM25,137 kepada keluarganya di Taman Suria di sini pada Ahad.

Anggota bomba mengangkat mayat Ikmal Hakimi selepas ditemukan terapung-apung selepas lemas dalam banjir di Kampung Bentong, Kluang, pada 4 Januari lalu.
Anggota bomba mengangkat mayat Ikmal Hakimi selepas ditemukan terapung-apung selepas lemas dalam banjir di Kampung Bentong, Kluang, pada 4 Januari lalu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff; Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan KPT, Datuk Rosli Yaakub; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani serta Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ahmad Fauzi Ismail.

Pada 4 Januari lalu, mahasiswa Tahun Dua Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam USIM ditemukan lemas di Kampung Bentong dipercayai dihanyutkan arus deras pada jam 12.20 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Semasa kejadian Ikmal Hakimi ke rumah senior universitinya dikenali sebagai Amir di kawasan Kampung Bentong tetapi kawasan itu tidak dapat dilalui kerana banjir sebelum dipercayai menggunakan jalan Kampung Melayu Nyior dan lemas.

Noraini (tiga kanan) melawat dan menyampaikan sumbangan serta pampasan Takaful RM25,137 kepada keluarga arwah Ikmal Hakimi di Taman Suria, Kluang, pada Ahad. Turut kelihatan Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang (kiri sekali).

Mahasan yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu Nyior berkata, kali terakhir dia bersama anaknya itu ketika menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Melayu di sini pada 26 Disember lalu.

"Itu kali terakhir saya bertemu dengannya ketika dia balik ke sini. Kali terakhir saya bercakap dengannya melalui telefon sebelum kejadian itu. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya.

Noraini berbincang dengan Mahasan semasa melawat dan menyampaikan sumbangan serta pampasan Takaful RM25,137 kepada keluarga arwah Ikmal Hakimi di Taman Suria, Kluang, pada Ahad.
Noraini berbincang dengan Mahasan semasa melawat dan menyampaikan sumbangan serta pampasan Takaful RM25,137 kepada keluarga arwah Ikmal Hakimi di Taman Suria, Kluang, pada Ahad.

Sementara itu, Noraini berkata, pihaknya juga menyampaikan bantuan daripada pihak KPT, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan USIM kepada keluarga Ikmal Hakimi.

"Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Misi Kesukarelwan Bantuan Banjir #KPTPrihatin yang telah bermula sejak awal Januari lalu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong.