Suami isteri dera amah didakwa Rabu ini

Suami isteri yang disyaki mendera seorang amah warga Indonesia pada 24 November lalu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta pada Rabu.
Suami isteri yang disyaki mendera seorang amah warga Indonesia pada 24 November lalu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri yang disyaki mendera seorang amah warga Indonesia pada 24 November lalu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Ketua Bahagian Pendakwaan Putrajaya untuk tindakan lanjut.

"Suspek wanita akan dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dua pertuduhan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Manakala, suaminya pula akan dikenakan satu pertuduhan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 24 November lalu, sepasukan polis dari Bukit Aman telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Batu, di sini.

Hasil serbuan, polis telah menahan sepasang suami isteri berusia lingkungan 42 tahun yang dipercayai telah mendera amah tersebut.

Eng Lai berkata, polis turut merampas beberapa alatan yang dipercayai telah digunakan untuk mendera mangsa.

"Kedua-dua suspek telah direman selama 10 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan dan pemulihan serta diberikan pelindungan selepas mendapat IPO (Interim Protection Order) dari Mahkamah," katanya.