Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat

Keadaan rumah pasangan suami isteri, Mohd Ariff Sharif dan Seri Nengsih Aman di Kampung kelantan Kota Tinggi yang mula dinaiki air pada sebelah petang Isnin.
Keadaan rumah pasangan suami isteri, Mohd Ariff Sharif dan Seri Nengsih Aman di Kampung kelantan Kota Tinggi yang mula dinaiki air pada sebelah petang Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat berikutan hujan di beberapa kawasan sejak pagi tadi.

Kluang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir selepas Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Segamat dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir seramai 3,603 orang daripada 989 keluarga di 42 pusat pemindahan sementara ( PPS) setakat jam 4 petang.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, berlaku peningkatan jumlah mangsa banjir yang direkodkan pada jam 12 tengah hari iaitu seramai 3,283 orang daripada 909 keluarga yang ditempatkan di 40 PPS.

"Daerah Kota Tinggi paling tinggi merekodkan jumlah mangsa banjir di negeri ini iaitu seramai 2,219 orang daripada 594 keluarga di 23 PPS. Daerah Johor Bahru seramai 1,104 orang daripada 331 keluarga di 13 PPS.

"Daerah Kulai, seramai 104 mangsa daripada 24 keluarga di dua PPS dikuti daerah Segamat seramai 81 mangsa daripada 22 keluarga di dua PPS. Daerah Kluang pula seramai 73 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di sebuah PPS dan Mersing seramai 22 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di sebuah PPS," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran waspada kuning di mana hujan lebat dijangka berlaku di Kota Tinggi dan Mersing sehingga Selasa.

Katanya lagi, sebanyak 10 laluan di Mersing, Kota Tinggi dan Kluang ditutup dan tiga jalan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.

"Jalan itu ialah Jalan Haji Suhud, Taman Muhibbah di Johor Bahru; Jalan Tanah Abang di Mersing dan Jalan Felda Semenchu, berhampiran Simpang Semenchu di Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Tujuh lagi laluan ditutup kepada kenderaan ringan di Kota Tinggi akibat dinaiki air iaitu Jalan Kota Tinggi-Mersing di LGM, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Batu 25, Jalan Kampung Lukut Cina-Kampung Batu 4 di Taman Aman selain dua laluan Jalan Tai Hong di Taman Scientex serta Orkid, Jalan Sungai Telor dan Jalan Mawai Lama," katanya.