PM harus beri jaminan tidak isytihar darurat

Foong Hin
Foong Hin
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan mengisytiharkan darurat demi menyelesaikan kemelut politik kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, itu antara salah satu daripada tiga langkah harus dilakukan Muhyiddin demi kestabilan politik negara ketika ini.

Menurutnya, tiga langkah yang dicadangkan itu susulan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob membuat pengumuman menarik diri daripada menyokong kerajaan PN selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

"PN tidak mempunyai kerusi majoriti di Dewan Rakyat dengan hanya 110 kerusi yang tinggal.

"Jika salah satu ahli Parlimen kerajaan mengemukakan hilang percaya kepada kerajaan PN, kerusi yang dipegang Muhyiddin akan kurang berbanding campuran pembangkang serta ahli Parlimen Bebas," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Proklamasi darurat solusi terbaik akhiri drama politik?

Foong Hin berkata, tiga langkah seterusnya yang dicadangkan itu bagi mengelak situasi yang tidak menentu daripada berterusan berlaku.

"Pertama, beliau seharusnya memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memaklumkan PN telah menjadi kerajaan minoriti.

Artikel Berkaitan:

"Kedua, Muhyiddin seharusnya bermusyawarah bersama pihak pembangkang untuk mencari jalan penyelesaian. Dalam keadaan wabak Covid-19 masih menular, wakil rakyat tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang mempunyai tanggungjawab untuk menghadapi bersama-sama.

"Ketiga, beliau juga harus menjamin kerajaan Persekutuan tidak akan mengisytiharkan darurat demi menyelesaikan kemelut politik semata-mata. Sistem demokrasi berparlimen membenarkan kesemua wakil rakyat untuk berbincang jalan penyelesaian di Dewan Rakyat tanpa menyusahkan rakyat," katanya.