Perutusan khas PM jam 6 petang ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 6 petang, Isnin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 6 petang, Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 6 petang, Isnin.

Poster mengenai perutusan itu dimuat naik di laman Facebook rasmi Muhyiddin.

Perutusan itu juga akan disiarkan secara langsung di rangkaian stesen televisyen tempatan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani dan Facebook Muhyiddin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas pada Isnin bagi memaklumkan tindakan-tindakan yang diambil kerajaan mengambil kira situasi semasa penularan jangkitan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: