China benar WHO siasat asal usul Covid-19

Virus Covid-19 mula dikesan di Wuhan pada Disember 2019.
Virus Covid-19 mula dikesan di Wuhan pada Disember 2019.
A
A
A

ANKARA - Sekumpulan pakar asing dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijadual ke China untuk menjalankan siasatan mengenai asal usul virus Covid-19.

Agensi Anadolu melaporkan 10 pakar itu dijadual akan mengunjungi Wuhan, bandar pertama virus berkenaan mula dikesan pada Disember 2019.

Sejak itu virus sudah menjangkiti lebih 90 juta orang dan meragut lebih 1.9 juta nyawa di seluruh dunia.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, pakar WHO akan tiba pada Khamis dan "bekerjasama dengan pakar China untuk menyiasat asal usul Covid-19" memetik laporan Chinese Global Times.

Rabu lalu, Beijing berkata, rundingan dengan WHO mengenai perkara itu masih berlangsung.

"Tidak pernah ada masalah dalam kerjasama antara China dan WHO. Bukan hanya masalah visa, kedua-dua pihak turut berkomunikasi rapat mengenai tarikh dan rancangan khusus untuk lawatan pasukan China," kata jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kekecewaannya terhadap China yang dikatakan tidak membenarkan pasukan pakar ke negara itu untuk menjalankan siasatan di lokasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: