Pusat bandar Kota Tinggi kembali dinaiki air

Sungai Johor berdekatan pusat bandar Kota Tinggi.
Sungai Johor berdekatan pusat bandar Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Pusat bandar Kota Tinggi yang pernah dilanda banjir pada minggu lalu kembali dinaiki air pada Isnin selepas hujan berterusan sejak semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, laluan persimpangan lampu isyarat berdekatan bangunan Mara dan jalan utama di pusat bandar mula dinaiki air sekitar 0. 2 meter namun masih boleh dilalui.

Selain itu, Jalan Sungai Kemang yang terletak berhampiran Sungai Johor pula ditutup bagi kepada semua kenderaan bagi tujuan keselamatan.

Penyelia kebersihan sekolah, Asma Abdullah, 35 berkata, kawasan berdekatan Sungai Johor sudah mula dinaiki air banjir sejak semalam berikutan hujan lebat dan pertembungan air pasang.

Asma berjalan keluar dari sekolah selepas membuat pemeriksaan di SJKC Pei Hwa yang turut dinaiki air pada pagi Isnin.
Asma berjalan keluar dari sekolah selepas membuat pemeriksaan di SJKC Pei Hwa yang turut dinaiki air pada pagi Isnin.

"Ini kali kedua banjir berlaku selepas kejadian sama pada Sabtu minggu lalu. Hujan sejak semalam menyebabkan kawasan berdekatan Sungai Johor mula dinaiki air.

"Tahun ini merupakan banjir yang kedua terburuk selepas 2006," katanya.

Sementara itu keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 3,283 orang daripada 909 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan pertambahan berbanding 3,145 orang daripada 904 keluarga setakat jam 8 pagi.

"Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka, satu daripadanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut, Kota Tinggi pada jam 8. 15 pagi yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Gembut dan Kampung Sayang," katanya.