Kemenangan semangat The Blues

Pemain Chelsea menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan Morecambe 4-0.
Pemain Chelsea menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan Morecambe 4-0.
A
A
A

KEMENANGAN 4-0 Chelsea ke atas Morecambe pada aksi Piala FA pada awal pagi Isnin mengembalikan semula semangat para pemain skuad The Blues selepas tampil hambar terutama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara itu diakui pengendalinya, Frank Lampard yang menurunkan kesebelasan terkuatnya ketika menentang pasukan dariapda saingan Liga Dua itu.

Bagaimanapun, Lampard mengakui pasukannya masih kekurangan sengat di jentera serangan biarpun mencatatkan kemenangan besar selain Timo Werner dan Kai Havertz turut menamatkan badi gol masing-masing.

"Apa yang saya mahukan daripada pemain adalah konsisten dan lebih tajam seperti pemain lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang agresif menjaringkan gol.

"Namun, saya percaya pemain saya akan menjadi lebih baik dan hanya masa yang akan menentukan kemampuan mereka. Saya juga cukup berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan pada perlawanan hari ini," katanya.

Dalam perlawanan itu, Mason Mount, Werner, Callum Hudson Odoi dan Kai Havertz masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan kemaraan pasukan itu ke peringkat seterusnya.

Lampard turut mengharapkan agar penyokong bersabar untuk melihat pasukan itu kembali stabil dan melakar lebih banyak kemenangan terutama dalam saingan EPL.

"Kami mempunyai banyak pemain muda dengan potensi yang besar dan untuk mencapai tahap terbaik memerlukan masa. Kebanyakkan pemain mencapai tahap terbaik ketika berusia 27 dan 28 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi, kami mahu melakukannya ketika pemain lebih muda daripada usia tersebut.Jadi, saya rasa kami mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap tersebut dan menjadi pasukan pencabar dalam saingan liga," katanya.