Banjir di Terengganu semakin pulih

Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih.
Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 1,694 orang, berbanding 3,956 orang pada jam 8 pagi tadi.

Jumlah PPS yang masih dibuka kekal 17 membabitkan daerah Kemaman dan Dungun,yang menempatkan 504 keluarga sehingga jam 10 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kemaman yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi turut menunjukkan penurunan apabila hanya 1,302 orang daripada 404 keluarga yang masih berada di 9 PPS.

"Hanya 100 keluarga di Dungun yang kini berada di 8 PPS daerah, melibatkan 392 keluarga," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, paras sungai juga menunjukkan trend penurunan di sebelah hulu.

Katanya, kebanyakan sungai di Terengganu berada pada paras normal kecuali dua sungai yang melepasi paras waspada iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman dengan bacaan 3.37 meter dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu yang merekodkan bacaan 10.93 meter.

Artikel Berkaitan: