18 waris mangsa penumpang SJ182 beri sampel DNA

Sebanyak 18 sampel DNA waris keluarga mangsa tragedi Pesawat Sriwijaya Air, SJ182 telah diambil bagi mengenal pasti identiti sebenar mayat nahas ditemui. - Foto CNN Indonesia
Sebanyak 18 sampel DNA waris keluarga mangsa tragedi Pesawat Sriwijaya Air, SJ182 telah diambil bagi mengenal pasti identiti sebenar mayat nahas ditemui. - Foto CNN Indonesia
A
A
A

JAKARTA - Sebanyak 18 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) waris keluarga mangsa tragedi pesawat Sriwijaya Air, SJ182 dari Jakarta menuju Pontianak, Sabtu lalu telah diambil bagi mengenal pasti identiti sebenar mayat nahas yang ditemui.

"Hingga kini kami telah mengambil sebanyak 18 sampel DNA daripada 20 orang ahli keluarga mangsa yang telah dikenal pasti," kata Ketua Polis Kalimantan Barat Biddokkes, Kombes (Pol) Dr Trisusilo yang dipetik dari agensi Antara, lapor CNN Indonesia, pada Ahad.

Persampelan DNA dilakukan di Dewan Lapangan Terbang Supadio Pontianak.

Trisusilo mengatakan sampel DNA akan dihantar pada Isnin menggunakan pesawat Sriwijaya ke Jakarta untuk mengenal pasti mangsa setelah ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, setibanya di Jakarta, sampel itu akan segera dibawa ke Ibu Pejabat Polis Biddokkes di Cipinang.

Pesawat Sriwijaya Air, SJ182 terputus hubungan selepas berlepas pada jam 2.36 petang waktu Indonesia barat dari Jakarta menuju Pontianak, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta pada Sabtu.

Penerbangan itu membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Artikel Berkaitan: