Mayat separa reput ditemui dalam belukar

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

AMPANG - Mayat dipercayai seorang lelaki dewasa ditemui di kawasan belukar di Kampung Pandan Dalam di sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.35 malam.

"Mayat separa reput itu tiada pengenalan diri tetapi masih lengkap berpakaian. Mayat dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga ada keputusan bedah siasat.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil bagi memberi keterangan di Balai Polis Ampang atau menghubungi talian 03-42897417.

Artikel Berkaitan: