X

Kindly register in order to view this article
!

Dewan Perwakilan AS gesa Pence singkir Trump

Donald Trump
A
A

WASHINGTON - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akan meminta Naib Presiden, Mike Pence menyingkirkan Presiden, Donald Trump daripada berkuasa, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Speaker Nancy Pelosi.

"Saya ingin menarik perhatian anda mengenai tindakan segera yang perlu diambil esok pagi, ketika Pemimpin Majoriti (Steny) Hoyer akan meminta Persetujuan Sebulat Suara untuk mengemukakan resolusi (Jamie) Raskin.

"Resolusi ini meminta Naib Presiden supaya mengadakan dan menggerakkan Kabinet melaksanakan Pindaan ke-25 untuk mengisytiharkan Presiden tidak berkemampuan melaksanakan tugas-tugasnya dan Naib Presiden akan mengambil alih sebagai pemangku Presiden," kata Pelosi dalam satu kenyataan.

"Jika kami tidak menerima Persetujuan Sebulat Suara, ia dijangka akan dibawa ke Dewan hari berikutnya. Kami mahu Naib Presiden mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam," tambah Pelosi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!