Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS pagi ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan kekurangan minat belian terhadapnya susulan peningkatan dolar AS yang lebih ketara, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi ini, ringgit berada di paras 4.0390/0440 berbanding dolar AS daripada 4.0300/0340 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, penyusutan ringgit pada awal dagangan itu adalah disebabkan oleh pulangan Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.

“Ada yang berpendapat bahawa ekonomi AS akan pulih cepat susulan langkah bakal Presiden Joe Biden melaksanakan langkah pemberian vaksin secara berleluasa dengan secepat mungkin,” katanya kepada Bernama.

Penganalisis lain berkata, kebimbangan mengenai penularan Covid-19 di peringkat tempatan terus mengheret turun pasaran ke wilayah negatif di tengah-tengah kemungkinan pelaksanaan langkah tegas bagi membendungnya.

Sementara itu ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0410/0450 daripada 3.0420/0459 pada Jumaat dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9227/9304 daripada 4.9319/9384.

Ringgit juga mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8810/8862 daripada 3.8813/8863 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4632/4703 daripada 5.4804/4875. - Bernama

Artikel Berkaitan: