X

Kindly register in order to view this article
!

Sudut al-Quran di universiti awam bakal diwujudkan

Noraini (dua dari kiri) menyerahkan al-Quran kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran pada Majlis Amanat Menteri Pengajian Tinggi 2021 di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi pada Khamis.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan sudut al-Quran di setiap universiti awam seluruh negara bagi memupuk semangat untuk mendalami kitab suci tersebut.

Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau berharap agar semangat tersebut akan dapat membentuk ekosistem yang Islamik di institusi pengajian tinggi.

“Sumbangan al-Quran oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan diserahkan kepada 20 Naib Canselor Universiti Awam.

“Ini adalah sebagai inisiatif untuk mewujudkan sudut al-Quran di setiap universiti awam.

“Semoga melalui semangat baca, faham dan amal al-Quran dapat membentuk ekosistem yang Islamik di menara gading,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook baru-baru ini.

Dalam pada itu, Noraini turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang telah menyumbangkan wakaf al-Quran tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!