Suspek pecah cermin kereta diberkas

Lelaki yang disyaki terlibat dengan kes pecah kereta di pekarangan Dataran C180 Cheras diberkas polis.
Lelaki yang disyaki terlibat dengan kes pecah kereta di pekarangan Dataran C180 Cheras diberkas polis.
A
A
A

KAJANG - Polis memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes pecah cermin kereta di pekarangan Dataran C180 Cheras di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam.

"Anggota polis dari Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn telah berjaya menahan lelaki berkenaan dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian.

"Semakan mendapati suspek memiliki 20 rekod jenayah lampau termasuk kes pecah cermin kereta dan curi," katanya melalui kenyataan media Isnin.

Mohd Zaid berkata, tangkapan itu adalah susulan laporan polis daripada seorang lelaki berusia 25 tahun yang mendakwa cermin kereta miliknya telah dipecahkan pada Sabtu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Affiq Shahmey di talian 013-2490964," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

Artikel Berkaitan: