X

Kindly register in order to view this article
!

'PRU15 boleh diadakan jika banjir reda, vaksin mula diagih'

Ciapan dari Twitter Ahmad.
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan jika banjir reda dan vaksin Covid-19 mula diagihkan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau juga bersetuju dengan saranan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) supaya PRU15 dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Saya sebut PRU jika banjir selesai dan vaksin dah dimulakan.

“Saya sebut SPR nyatakan dalam (akhbar) Sinar dan Star, ok PRU dengan SOP yang ketat.

“Kempen (PRU) guna media sosial. Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari, kenapa tidak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat?” katanya dalam ciapan di Twitter pada Ahad.

Dalam ciapan berasingan, Ahmad turut membangkit persoalan mengenai status Malaysia yang akan menerima vaksin Covid-19 pada Februari berbanding hujung Januari bagi negara miskin seperti mana dimaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehubungan itu, beliau berharap Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar segerakan pemberian vaksin kepada rakyat.

“Apa maksud WHO negara miskin dijangka terima vaksin hujung bulan Januari 2021?

“Apa maksud status Malaysia yang terima vaksin bulan Februari 2021?" soalnya.

Terdahulu, kenyataan Ahmad mengenai cadangan mengadakan PRU15 mendapat reaksi pelbagai pihak apabila beliau menyatakan bahawa hanya golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melaksanakan PRU secepat mungkin.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!