Sibu, Kuching kini zon merah

Daerah Sibu dan Kuching pada Ahad diisytihar sebagai zon merah susulan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari lepas.
Daerah Sibu dan Kuching pada Ahad diisytihar sebagai zon merah susulan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari lepas.
A
A
A

KUCHING - Daerah Sibu dan Kuching pada Ahad diisytihar sebagai zon merah susulan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 44 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sibu dan 41 kes di Kuching dalam tempoh berkenaan.

Daerah Selangau dan Sebauh pula bertukar status hijau ke kuning apabila masing-masing mencatatkan satu kes positif Covid-19 jangkitan tempatan dalam tempoh sama.

“Daerah Samarahan, Miri, Bintulu, Meradong, Bukit Mabong dan Sri Aman kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Sebanyak 30 daerah lain di Sarawak berada dalam status hijau,” menurut JPBN.

Sementara itu, JPBN memaklumkan Sarawak mencatatkan 24 kes baharu Covid-19 pada Ahad sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan pandemik itu di negeri ini 1,275 kes.

Tujuh daripada kes baharu itu dikesan di Kuching, masing-masing lima kes di Miri dan Sibu, dua di Sri Aman dan masing-masing satu kes di Bintulu, Samarahan, Sebauh, Selangau dan Serian. - Bernama

Artikel Berkaitan: