X

Kindly register in order to view this article
!

Rentas negeri punca kes Covid-19 di Terengganu meningkat

Covid-19. - Foto 123RF
A
A

KUALA TERENGGANU - Perjalanan rentas negeri menjadi penyumbang peningkatan kes Covid-19 di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, sehingga Sabtu negeri itu mencatatkan sebanyak 216 kes positif dan daripada jumlah tersebut sebanyak 73.6 peratus penyumbang adalah daripada individu yang datang dari zon merah di luar Terengganu.

“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebelum ini telah meminta individu yang datang dari zon merah menjalani saringan Covid-19 dan ia mendapat maklum balas yang baik...daripada itu kita dapat mengesan ramai yang positif.

“Kebanyakan mereka yang datang (saringan) pada awalnya tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19 tetapi keputusan akhirnya menunjukkan positif dan mereka kemudiannya ditempatkan di pusat kuarantin untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) (ILKKM) Kuala Terengganu, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!