Banjir di Johor kembali buruk

Laluan di Batu 25 Jalan Kota Tinggi Johor Bahru yang mula dinaiki air pada Ahad.
Laluan di Batu 25 Jalan Kota Tinggi Johor Bahru yang mula dinaiki air pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor kembali buruk apabila seramai 1,251 orang daripada 382 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara ( PPS) setakat jam 4 petang pada Ahad.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan peningkatan berbanding 645 orang daripada 183 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Ahad.

"Sebanyak 27 PPS dibuka di empat daerah iaitu Mersing, Kota Tinggi,,Segamat dan Johor Bahru. Kota Tinggi merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 569 orang daripada 165 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.

"Seterusnya Johor Bahru seramai 268 orang daripada 106 keluarga ditempatkan di sembilan PPS. Bagi daerah Mersing seramai 320 orang daripada 85 keluarga ditempatkan di lima PPS manakala Segamat, tiga PPS dibuka menempatkan 94 orang daripada 26 keluarga," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Vidyananthan berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya iaitu hujan sangat lebat dijangka berterusan di beberapa daerah di negeri ini sehingga esok (snin)

"Amaran cuaca bahaya itu melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya.

Menurut beliau, sementara itu hanya dua jalan utama masih ditutup untuk laluan iaitu Jalan Haji Suhud berhampiran Taman Muhibbah di daerah ini ditutup sepenuhnya kerana jambatan runtuh seterusnya, Jalan Tanah Abang di Mersing yang tidak dapat digunakan untuk semua kenderaan sejak Khamis.

Artikel Berkaitan: