X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

Pembangunan Geopark tak halang pembangunan lain

Shamsul Anuar mengimbas kod bar Bukit Jernih sebaik tiba pada lawatan kerja ke Aspiring Perlis Geopark di Geotapak Bukit Jernih hari ini. - Foto Bernama
A
A

PADANG BESAR - Pembangunan tapak Geopark tidak akan menghalang unsur-unsur pembangunan yang lain, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Bagaimanapun beliau berkata, pembangunan yang dilakukan di tapak Geopark perlulah selari dengan usaha menjaga warisan yang terdapat di tapak tersebut kerana ia mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada generasi akan datang.

“Geopark ini adalah satu usaha untuk mengekalkan warisan (alam semula jadi) yang ada, di samping ia memberi banyak kebaikan kepada komuniti dan sosioekonomi seperti peluang perniagaan, perkembangan sektor pelancongan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Aspiring Perlis Geopark, di Bukit Jernih dekat sini pada Ahad.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pihak kementerian dan kerajaan negeri Perlis sedang berusaha mempercepatkan pembangunan Geopark Perlis sebagai Geopark Kebangsaan.

“Setiap Geopark di negara ini mempunyai keistimewaan dan nilai yang berbeza antara satu sama lain, jika dilihat di Perlis terdapat batu-batuan yang bernilai tinggi dan usianya melebihi 400 hingga 500 juta tahun.

“Jika dikaji, ia mempunyai nilai pendidikan yang sangat berguna kepada kajian geologi dan sebagainya,” katanya.

Katanya, di Perlis terdapat 18 tapak Geopark dan sebanyak enam tapak telah dibangunkan.

“Bagi membangunkan 12 lagi tapak Geopark, pihak kementerian telah memperuntukkan RM300,000 dan RM600,000 untuk pembangunan makmal dan kajian pelbagai biologi,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!