X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP jamin barang keperluan cukup

Penguat kuasa KPDNHEP Terengganu melakukan pemantauan bekalan barang keperluan di pasar raya di Kuala Terengganu. FOTO: KPDNHEP
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan harian mencukupi walau apa jua keputusan bakal diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tindakan kawal Covid-19 pada Isnin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya sudah membuat pemantauan dan memastikan bekalan sentiasa ada.

Bagaimanapun, katanya, pengguna disaran membeli barangan mengikut keperluan dan tidak menyimpan stok berlebihan di rumah bagi mengelak pembaziran kerana barangan dijual mempunyai tarikh luput.

“Kita telah membuat tinjauan di beberapa pasar raya utama dan pasar awam di sini dan mendapati urusan jual beli berjalan lancar tanpa ada situasi pembelian panik dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pengua tkuasa melihat bekalan telur yang ada di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu.
FOTO: KPDNHEP
Pengua tkuasa melihat bekalan telur yang ada di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu. FOTO: KPDNHEP

Saharuddin berkata, seramai 117 pegawai penguat kuasa dan 59 pegawai pemantau harga akan memantau sepanjang masa dalam memastikan stok barangan sentiasa ada serta kestabilan harga barang keperluan di pasaran.

Malah, beliau berkata, KPDNHEP Terengganu turut melantik 160 Peruncit Daerah Terpilih (DDR) dan 74 Pemborong Daerah Terpilih (DDW) di seluruh negeri sebagai pusat bekalan barangan keperluan asas.

“Pelantikan ini membenarkan DDR dan DDW untuk menyimpan barang kawalan berjadual melebihi 30 peratus daripada had simpanan dalam lesen bagi memastikan tiada gangguan bekalan barangan keperluan asas sepanjang tempoh PKPP dan musim banjir ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!